Perdana Menteri Rajiv_Gandhi

Gandhi berada di Bengal Barat ketika ibunya dibunuh pada 31 Oktober 1984 oleh pengawal-pengawal peribadinya. Pemimpin utama Kongres mendesak seperti Presiden India Zail Singh mendesak Rajiv menerima jawatan Perdana Menteri India.Rusuhan anti-Sikh di seluruh bandar Delhi.Ahli politik Kongres dituduh merancang keganasan anti Sikh. Rajiv Gandhi secara rasmi menjadi Presiden parti Kongres.

Parti Congress memang besar dengan majoriti terbesar dalam sejarah Parlimen India dan memeberi kuasa mutlak kepada Rajiv untuk membentuk kerajaan. Imej bersih daripada rasuah memberi harapan kepada seluruh rakyat india.

Gandhi berbeza daripada ibunya berhubung dasar sosialisme. Dia menjalin hubungan erat dengan Amerika Syarikat. Selama ini dasar sosialisme Indira Gandhi merenggangkan hubungan India-Amerika. Sebelum ini India intim denfan KRSS dan membuat kerjasama ekonomi dan saintifik . Sokongan rakyat meningkat apabila dasar untuk sains dan teknologi dan industri-industri bersekutu, dan kuota import dikurangkan, cukai industri berasaskan teknologi komputer , sistem penerbangan, pertahanan dan telekomunikasi. Rajiv memperkenalkan langkah penurunan Lesen Raj, membenarkan syarikat dan individu membeli modal, barang-barang pengguna dan tanpa sekatan birokratik. Pada 1986, Rajiv memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan untuk memoden sistem pelajaran tinggi merentasi India. Dia mengasaskan Sistem Jawahar Navodaya Vidyalaya pada 1986. Usaha mewujudkan MTNL pada 1986 .

Rajiv memberi kuasa kepada polis untuk mengekang keganasan di Punjabi.Pemerintahan tentera di Punjabi dilaksanakan, kebebasan sivil disekat, perdagangan dan pelancongan terjejas. Banyak pencabulan hak asasi manusia berlaku di Punjabi.

Mulaya kerajaan India memberi bantuan kepada pejuang pemberontak LTTE menentang kerajaan Sri Lanka. Perjanjian Keamanan Indo-Sri Lanka ditandatangani oleh Rajiv Gandhi dengan Presiden Sri Lanka JR.Jayewardene, di Colombo pada 29 Julai 1987. Pada 30 Julai 1987, Rajiv Gandhi telah disinggung oleh kadet laut Sri Lanka berbangsa Singhala bernama Vijayamunige Rohana de Silva. Walaupun Presiden Sri Lanka berasa malu tetapi Junius Richard Jayewardene cuba menepis masalah kecil itu.